Pages

Thursday, April 14, 2016

Welcome back to the Blogger World!!

Setelah sekian lama saya meninggalkan Dunia Blog. Alhamdulillah i'm back again writing..Lama kot tinggal sekarang dah 2016..Dah kahwin pon saya..Bertemu jodohku di Negara China,bak kata orang menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china. Tapi cerita saya lain pulak. Saya menuntut ilmu di Malaysia tapi bertemu jodoh di china. Hahaha lojik ke tak, semuanya ketentuan dari Allah. Life is a big journey, kita tidak tahu ke mana perjalanan hidup kita yang seterusnya melainkan kita sendiri memilih arah tuju kita. Sekian dari saya..InsyaAllah nantikan entry saya yang seterusnya ps: Syifaa' Penawar

Friday, August 12, 2011

Apa yang Aku buat Time Cuti Sem

Setelah berapa bln ku benti nulis belog,.nie t'tiba gatal tangan nk naip,.nie lah namanya hangat-hangat tahi ayam,....

Waaaaa,cuti 4 bulan sgt lama,.tp,sebenarnya kejap je,.pejam celik,pejam celik tinggl sebulan lg cuti,..lepas selesai sudah short course,terpikar..aku nk buat apaa?? xkn nk makan minum & tido je,..hoho,.nk tubek keje cam ramai2,..rasa tak kot,cuz malas nk g mari,..I prefer staying at home instead,...lama dah pikir nk buat business,since i'm a business student,.mesti lah kne pk wut business kn huhu,..macam2 business da aku cuba,..tp 1 pon tak berjaya,haha,.k'kadang rs feras pon ada,huuuh.mengeluh jap...

kenapa ye,mungkin xcukup lg ilmu nk mulakn business ni kn,..biasalh kn,klu buat business nie xberjaya pas2 kne tipu lg,..haha,da mmg lumrah,..sebenarnya,tue ujian dari Allah,..moga kte tetap berusaha & xputus asa,...semua benda yg kita buat dtg dari niat kte kerana Allah,..Kerana DIA Maha pemurah lg Maha mengasihani,.

Sepanjang cuti gak,.penah la skali tgk MHI,..tetamu jemputan time tue Dr Azizan Osman,..beliau nie seorang penceramah & sgt berbakat dlm bidang marketing,..siap ada syarikat pengiklanan sendiri,...rasa nk jumpa je ngn Dr Azizan nie,...
Huhu,kalau nk tahu aku akhirnya dapat jumpa gak dia,...haaa,nk tahu cite???
Al-kisahnya begini,aku terbaca iklan SEMINAR MARKETING POWER dalam internet,...Wa sgt teruja rasanya,lg2 seminar tue diadakan di Kelantan,..xnk panjangkn cite,akhirnya aku join gak SEMINAR MARKETING POWER 2011 tue yg bertempat di Bangunan KTC,pada 19 Mei 2011,..agak susah nk jumpe peluang mcm nie,..fee time tue sgt lah murah,..rm30 je,..klu ikutkn,kne bayar beratus2 & bleh sampai nilai beribu2...Harap2 ada hasil aku join seminar nie,..

Mesti anda semua nk tahu gak sapa Dr Azizan nie kn,tuannya bley kata besar lh jugak haha,..hehe,jgn marah Dr... I mean,Besar ngn Ilmu & Pengalaman,..



Haaaaaa,ni lah tuannya kalu nk knal,..tp yg aku bleh ckp,mmg xrugi langsung join seminar nie,..igt lagi kata2 semangat,..aku mesti "KAYA & BERJAYA"....time tue xramai remaja yg sebaya ngn aku yg join,..bleh kata 1 dewan tue sumer makcik2,pakcik2..& owg yg dah ada business sendiri,..aku nie sekadar nk cari ilmu je...Alhamdulilah byk tips yg DI kongsi,..aku nie agak buntu bab marketing sebenarnya,hhuhu,..tp salah 1 tips owg berjaya nie,..bkn sbb dpt 4 flat in exam,.bkn sebab di bijak tahan cipan,.haha,..tp 1 je yg kne pegang,..kte kne ada MENTOR,ELMU,SYSTEM,TINDAKAN, & IMPIAN,ni bab kata Dr Azizan..Sebenarnya bg aku,.yg penting skali kne rajin,& ada komitmen,..klu malas mmg sumer xjadi,xg2,..

OLEH ITU,jgn igt anda xpandai anda xbleh berjaya,..peluang ada dimana2,hanya kne cari je,..huhu,jgn jd tunggul,nk tunggu owg je bg keje,.kte sendiri kne cari keje,.
btw,..jgn Pikir je,kne Buat,..peringat utk diri sendiri gak,.haha,kekadangan diri nie pelupa gak,..hehe,..

Nak tahu apa yg aku buat pas2,..haaaaaa,tunggu post seterusnya.....=),.akan ku share tips yg sgt berguna,..

Tuesday, February 15, 2011

Yummy Trifle

Delicious and Easy to make!! (^_^)


Gambar trifle ni amek dari internet je,..huhu,mine tak secantik ni..but how to make it??Haaaa nie nk tunjuk macam mana cara nk buat,n of course the result will be terrific!!

First thing first:

1.Take a bowl



2.Untuk lapisan trifle,U kene ikut turutan.I will show u how.

Bottom layer: susun kek,I guna kek gulung.Boleh dapat dimana-mana kedai kek or pasaraya. U potong kek,and susun.Kalau bleh jangan kasi ada ruang pon.

Second layer: U masak yg instant Kristal jelly yg prisa strawberry.Mana-mana perisa pon boleh,but I used strawberry flavour.Kristal jelly nie bley dpt kat mana-mana pasaraya.Kat bawah nie contoh Kristal jelly yg I guna.


Mudah je,U ikut instruction yg ada kt belakang kotak kristal jelly.amek 400ml air,and masak jelly sampai mendidih.Jelly yang dah masak td U curah masuk ke dalam mangkuk yg berisi kek gulung.And then masukkan ke dalam peti untuk 5 minit..
Allaaa agak2 je huhu,bila jelly tue dah keras so kira ready lah nk taruk 3rd layer,..

Third layer:Haaaa,layer nie u kene taruk kastard yg dah masak,..So.macam mana nk buat?Simple je..1 cawan susu cair,3 cawan air,3 sudu makan kastard and daun pandan nk kasi wangi skit sos kastard kita.Campur ke empat2 bahan tersebut,and tunggu sampai sos kastard dah masak.Jangan lupa masukkan gula.Klu I,I taruk 150g gula,tp U kene try dlu lah,..So,bila sos kastard dah masak.U tuang kastard atas lapisan jelly yg dah keras td.

Forth layer:Nie layer paling last,yg benda putih kat atas tue orang taruk whip cream.Tp klu cth lah,xde whip cream..Huhu,I guna cara melayu je pakai putih telur..
budget nk ganti whip cream lah nie haha..tp ok apa,putih telur pon still putih..
putih telur i kisar sampai dia berbuih putih and then U kene masak putih telur tu.
Bila dah masak,U tuang atas lapisan kastard td.

3.Final touch,U tabur cocktails so that trifle U nmpak cantek menarik n tertawan huhu...U bley taruk strawberry or any kind of fruit that U have.lg cantik trifle U lg semangat nk makan,..haha,lebih2 plk I,..Tp begitu lah cara nk buat trifle,..
Senang kan???Cuba lah buat,InsyaALLAH menjadi,(^_^)..

Haaaaa,tadaaa..nie lah rupa trifle yg I buat..gambar tak begitu lawa,sbb pakai hp je,..huhu,..Tp rs trifle nie besttt.xrugi mencuba tau,..









~SELAMAT MENCUBA 3>~

Saturday, February 5, 2011

Petua Menjaga Wajah



Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.


  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.



Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.


Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Khasiat Madu Lebah


Untuk menghilangkan batuk :
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan sedikit air limau nipis ke dalam setengah gelas air.
  • Minum setiap pagi dan malam sebelum makan. Dalam masa seminggu batuk akan hilang.
Menyihatkan Badan
Campurkan madu dengan beberapa biji telur ayam kampung. Minum waktu pagi.
Mencantikkan Wajah
Campur telur dan madu. Kemudian sapukan pada muka. Lakukan seminggu sekali sebagai masker. Wajah anda akan kelihatan cantik dan berseri-seri.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu pada bibir tiap-tiap malam sebelum tidur.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.




Monday, January 31, 2011

Welcome to my bloggy page...

Waaaaaa,I'm new here.Dunno what to write..Well kene tulis gak macam mana pon.Hurmmm,where to start.
Nama ku Nurusyifaa' Hasnan ,panggil je syifaa'.Quite short and easy to pronounce.I';ve just started my blog,tah tetiba dapat inspirasi from other blogger.Hanis Zalikha,hui sheee's coool indeed.You can view here blogspot and you'll feel impress,http://inibelogsaya.blogspot.com/..Mayb its gonna be fun,cuz I think of owning my own income.Hopefully this will be a good start for me..Sangat teruja,waaaa and I can't wait.

Wanna know my story??how I wanted to start my blog...HAAAAAA,now I wanna tell u.It started when I  tI borrowed this book at the library at UITM Kampus Kota Bharu...GoGoogle by Greg Holden.Chek it out>>
Mayb u've seen this book from any book stores like MPH or anywhere..

                                        Quite a nice book,u'll get lots of information about gogoogle

After reading this book,I gain a lot of knowledge.So,if u think of starting your own business.You can join google instead.Its simple and its also free of charge.Just sign up your google account,get a gmail.Get a google apps for your domain and google AdSense.All of this info you can get it from this book.You will learn about:

  • Google Apps
  • Google Analytics
  • Blogger
  • Google Groups
  • AdSense
  • AdWords
  • Google Page Creator
  • Google Product Search
  • Google Talk
I would like to say thank u to Youtube that helps me a lot.It certainly showed me a lot of guidance about google.After a lot of reading,now i've started my own blog that it,http://syifapenawar.blogspot.com/.
It didn't take a lot of time,just follow some guidance and Wallah u get a blog.Its Simple like that!!

First thing first,you sign up as a blogger at,http://www.blogger.com/.Create a URL,like mine is syifapenawar.
It just takes a few minutes and then your done.You can start designing your layout like what i've done to my layout.I just started designing my own banner.Well I'm done with my banner,its quite simple and not that neat...hehe...I just edit it and design it myself with paint.Like the cut and paste part LOLOLOL.....Here's my banner looks like,hehe nice start isn't it,..walaupon kelihatan agak bodoh,but nice to me i guess,..what do u think???


I've enlarge the size,so u can see it clearer.These pictures I took it from my UITM trip to Cameron Highlands. The wonderfull place was at MARDI.U guys can visit there one day..u can see so many flowers and i'm so amaize. So,I got the idea to create my blog banner from there..not bad its it,hehehe...Korang boley lah nak try cuba buat banner sendiri,use your own imagination and u will get a wonderfull result. Well u will learn to appreciate your work...So,why wait!! Start NOW  HAHAHaAHA...Chill,take your time...Even I myself,take days to think of such an idea...And lastly,I've DONE it...And look,i'm typing my blog now...hehehe,
...Like talking to myself,cuz i'll get many ideas.

-Stay tune for my next post,cyaaaa........